The stories :)

Wednesday, May 18, 2016

Cerita malam hari.

"Erkkk...."
"Alhamdulillah syukur kepada Tuhan yang bagi rezeki pada malam ini." Ujarku dalam hati. Usai makan sahur kira-kira jam 4 pagi bersama rakan serumahku, Meng dan Rillis. Menu yang mudah dan ringkas ku kira untuk dimasak dan dijamah jika berada di asrama iaitu brown rice,sardin dan telur dadar.

Dalam sibuk menggerakkan tetikus laptop ke ruangan carian Google, terusku klik bahagian blogger dan meneruskan niat untuk menulis sambil mendengar online radio sinar.fm. Tajuk yang inginku coretkan tak lain tak bukan adalah berkenaan dengan hidup ku yang berada di tahun terakhir, Ijazah Sarjana Muda Kepujian Biologi di UiTM Kuala Pilah. Ku kira sudah hampir tiga tahun aku berada di sini dengan niat menuntut ilmu, walaubagaimana pun, niat sekadar niat. Kadang-kadang terpesong juga.

Selepas ini jika dipermudahkan segala urusan, InsyaAllah aku akan tamat pengajian dan menjadi salah seorang graduan UiTM. Walaupun pointer sekadar cukup makan jika dibandingkan dengan classmates yang lain namun apa yang bolehku katakan di sini, rezeki setiap orang berbeza-beza. Apa yang penting adalah kita punya usaha untuk ubah diri kita pada masa akan datang. InsyaAllah allahumma amin.

Terfikirku sejenak apa yang bakal aku lakukan selepas tamat pengajian. Menganggur? Menanam pokok? Mengelilingi dunia tanpa duit?

Lamunanku terhenti.

Kurasakan mataku layu dan meminta-minta bantal untuk disorongkan di kepalaku,..

Bersambung..


No comments: